Teknik menjawab soalan Persamaan Linear
Ramai yang complain “susah nak SKOR dalam matematik dan tak boleh dapat A!” Betul ke? Memang tak boleh skor walaupun belajar dengan cara yang betul?
“Eh…. Ada cara ke nak belajar matematik? Bukan ke semua orang kata buat latihan yang banyak dah boleh dapat result A dalam matematik?”
Pendapat saya mungkin berbeza dengan yang lain. Bagi saya, untuk mendapat keputusan yang cemerlang, memang kena buat latihan. Tapi kena faham sesuatu yang penting di sini! Tujuan buat latihan yang banyak adalah untuk memastikan apa yang kamu belajar tu tidak hilang dari otak 😅 bukanya untuk memahami sesuatu konsep!
Cuba tanya diri sendiri, katakan kamu tak faham sesuatu konsep, manalah nak buat latihan yang banyak? Semakin banyak soalan yang kamu cuba, semakin tinggi motivasi untuk GIVE UP!
Sebenarnya, buat latihan ini adalah langkah yang kedua! Yang paling penting adalah untuk memahami konsep secara mendalam. Salah satu masalah yang selalu dihadapi oleh pelajar dalam menyelesaikan soalan berkaitan dengan persamaan kuadratik dan linear adalah kurang skill atau teknik yang betul untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Saya mengenalpasti beberapa isu utama yang dihadapi oleh pelajar dalam topik ini. Oleh itu saya telah menerangkan tentang satu konsep yang sering disalahgunakan oleh pelajar dalam menyelesaikan masalah persamaan linear.
Saya berharap video ini akan membantu pelajar untuk memahami konsep ini dan menggunakannya dengan betul. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh tanya saya gunakan link jombelajar.com.my/askmrshankar
Responses