Sebenarnya, skor dalam matematik bukan satu perkara yang sangat susah. Ianya sangat-sangat mudah kalau kamu ikut hala tuju yang betul! Langkah pertama untuk mendapat keputusan yang baik dalam matematik adalah, kamu kena betul-betul faham konsep-konsep yang kamu belajar. Bukan main-main belajar ya. Yang ini betul-betul serius dan kamu kena faham apa yang kamu telah belajar. Apabila kamu dah faham apa yang kamu belajar maka sudah pasti apabila soalan ditanya, tak kisah putar belit macam mana pun senang bagi kamu nak faham dan pasti boleh jawab.
Okey jom kita lihat pada topik persamaan serentak. Persamaan serentak ni sebenarnya satu topik yang sangat sangat sangat sangat penting! Nampak tak dah berapa kali saya guna perkataan “sangat” tu. Mestilah penting kan.
Kenapa penting sangat ni?
Sebab topik Inilah yang akan kamu gunakan apabila kamu pergi ke level yang lagi tinggi untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan nilai yang tidak diketahui. Kalau nak menyelesaikan masalah memang kamu kena pandai gunakan persamaan serentak!
Persamaan serentak ni selalu digunakan untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan nilai yang tidak diketahui. Kita gunakan persamaan linear untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan satu pembolehubah (Unknown) tapi kalau lebih daripada satu pembolehubah kita akan gunakan persamaan serentak untuk menyelesaikan masalah tersebut. Persamaan serentak ni sebenarnya level yang agak sederhana untuk belajar. Kalau kamu memang lemah dalam algebra ataupun persamaan kuadratik kamu memang tak dapat selesaikan soalan soalan dalam persamaan serentak sebab persamaan serentak ni hanya satu cara untuk menyelesaikan masalah tetapi tulang belakangnya adalah ungkapan algebra dan persamaan linear!. Kalau kamu memang lemah dan tidak tahu asas algebra, lebih baik kamu merujuk kepada topik algebra terlebih dahulu dan sambung dengan persamaan serentak.
Biasanya persamaan serentak ni akan keluar dalam SPM di bahagian A kertas 2. Kamu confirm akan nampak satu soalan persamaan serentak yang akan menyumbangkan lebih kurang 5 markah dalam peperiksaan SPM kamu. 5 markah ini adalah sebenarnya markah bonus kalau kamu dah faham cara penyelesaian persamaan serentak.
Mengikut teori kita ada tiga cara untuk menyelesaikan persamaan serentak. Pertama adalah dengan menggunakan kaedah graf tetapi kita tak akan gunakan kaedah graf ini dalam bahagian A. Tapi soalan yang akan keluar untuk topik persamaan serentak ini kita hanya gunakan dua lagi kaedah yang lain iaitu kaedah penghapusan dan juga kaedah penggantian.
Kalau kamu tanya saya, “cikgu antara dua kaedah ini kaedah manakah yang paling sesuai untuk digunakan?”. Jawapan saya aalah sebenarnya semua kaedah ini adalah kaedah yang sangat mudah untuk digunakan tetapi secara personal saya lebih prefer kaedah penggantian! Saya rasa kaedah penggantian ni boleh digunakan untuk semua jenis soalan yang keluar. Tapi kamu kena belajar kedua-dua cara sebab memang ada soalan yang lebih mudah kalau kamu gunakan cara penghapusan.
Dalam video ini Cikgu dah tunjukkan soalan-soalan yang akan keluar dalam peperiksaan dan juga kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan untuk menyelesaikan soalan persamaan serentak. Tengok video ni dengan betul-betul dan belajarlah daripada sana. Kalau ada apa-apa yang nak tanya boleh komen kat bahagian bawah. Ckg akan bantu ye.
Report
There was a problem reporting this post.
Block Member?
Please confirm you want to block this member.
You will no longer be able to:
See blocked member's posts
Mention this member in posts
Invite this member to groups
Message this member
Add this member as a connection
Please note:
This action will also remove this member from your connections and send a report to the site admin.
Please allow a few minutes for this process to complete.